JOHOR BAHRU: Seorang bapa dan teman wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki sehingga kesihatannya merosot, dari Julai sehingga Oktober tahun ini.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, R. Thayalan, 37, dan K. Mageswari, 39, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.
Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mengabaikan kanak-kanak berusia 7 tahun itu sehingga mengalami kekurangan zat makanan atau malnutrisi.
Sementara itu, dalam pertuduhan berasingan, teman wanitanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan fizikal pada tangan kanan kanak-kanak itu.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Pulai Jaya, Johor Bahru antara Julai hingga 12 Oktober lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Theviya dan Abdul Umar Faiz Abdul Kohar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM6,000 bagi setiap tertuduh, beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali, dilarang mengganggu saksi pendakwaaan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Tarikh 21 November depan ditetapkan bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Muhammad Aiman Hakeem
Sun Oct 22 2023
Pasangan itu didakwa mengabaikan kanak-kanak berusia 7 tahun terbabit sehingga mengalami kekurangan zat makanan atau malnutrisi. - Gambar/ Astro AWANI
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri
Polis menahan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Tunku Azizah, Sabtu lepas, dipercayai akibat didera dan diabaikan.
Bapa, kekasih mengaku bersalah abaikan anak tujuh tahun
Seorang bapa dan teman wanitanya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki sehingga kesihatannya merosot, dari Julai sehingga Oktober tahun ini.
Suami isteri disiasat abai dua anak bermain di tepi balkoni
Polis sedang menyiasat sepasang suami isteri kerana disyaki membiarkan dua anak mereka bermain di tepi balkoni tingkap di tingkat 17 sebuah kondominium di Taman Setapak semalam.
Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.
Ibu didakwa abai anak lelaki sehingga maut jatuh kondominium
Seorang ibu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya berusia lima tahun tujuh bulan yang maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium.
Dituduh dera dan abai remaja OKU, ibu tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Zarina Murni Mohd Hashim bertindak mengubah pengakuannya kepada tidak bersalah dan minta dibicarakan.